Tadika Seri Soka diasaskan berpandu pada “pembentukan nilai” falsafah Pendidikan Soka. Tujuan utama pedagogi Soka yang berpusatkan pelajar ini adalah demi kebahagiaan kanak-kanak.

Kanak-kanak merupakan insan yang bernaluri ingin tahu, aktif dan berminat untuk belajar. Oleh sebab itu, Tadika Seri Soka menyediakan persekitaran yang selamat, dapat mendidik dan menggembirakan untuk perkembangan holistik semua kanak-kanak.

Keutamaan kami adalah membantu pembelajaran kanak-kanak di setiap tahap dalam:

i. Pembentukan watak;

ii. Penyelesaian masalah;

iii. Interaksi sosial;

iv. Mencari kaedah pembelajaran melalui aktiviti pembelajaran dan aktiviti-aktiviti tadika;

Selain pembentukan watak kendiri, kami juga menekankan kompetensi akademik dalam numerasi, literasi, sains dan lain-lain.

Kurikulum Tadika Seri Soka didasarkan pada objektif pendidikan tadika dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Di Tadika Seri Soka, kanak-kanak menikmati aktiviti tematik dan aktiviti praktikal untuk belajar. Kami mempromosikan program yang sesuai dengan usia pembelajaran kanak-kanak berpandukan belajar sambil mengalami keseronokan yang menerusi aktiviti seni, tarian, muzik, bercerita, lawatan sambil belajar dan acara-acara sekolah.

Program Tiga Bahasa

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pendekatan pengajaran multibahasa holistik untuk mengintegrasikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dimasukkan ke dalam kurikulum kami.

Matematik dan Sains Awal

Program Matematik dan Sains Awal kami merangkumi:

a) pengalaman langsung;

b) penggunaan bahasa yang sesuai seperti kata arah dan preposisi, kata bilangan, nama aneka bentuk dan sebagainya.

Di bawah bimbingan guru, kanak-kanak meneroka dan terlibat secara bermakna dalam penyelidikan perkara di sekeliling mereka, berusaha mencari jawapan untuk soalan mereka.

Pendidikan Fizikal

Perkembangan fizikal di tadika adalah tentang peningkatan kemahiran koordinasi, kawalan, manipulasi dan pergerakan. Tadika Seri Soka menyediakan program dan ruang untuk menjalankan aktiviti aktiviti fizikal di stesen-stesen fizikal di dewan dan juga di ruangan permainan kanak-kanak.

Perkembangan fizikal membantu kanak-kanak mengembangkan keyakinan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh mereka dan membolehkan mereka merasakan manfaat positif dari keadaan fizikal yang sihat serta aktif.

Seni, Muzik dan Tarian

Kanak-kanak secara semula jadinya berspontan dan bersemangat semasa mereka mengungkapkan idea dan perasaan mereka.

Kami ingin memupuk kanak-kanak yang kreatif supaya mereka dapat membuat gabungjalin antara satu bidang pembelajaran dengan bidang pembelajaran yang lain dan, dengan berbuat demikian, memperluas pemahaman mereka tentang dunia melalui pembelajaran seni, muzik dan tarian.

Bahasa Melayu
error: Content is protected !!