Pengasas Daisaku Ikeda

“Titik permulaan dan intipati Pendidikan Soka (Mencipta-nilai) ialah semangat menghargai keperibadian setiap kanak-kanak supaya mereka dapat menikmati masa hadapan yang gemilang dan gembira… Matlamat Pendidikan Soka ialah kebahagiaan diri dan orang lain, merangkumi masyarakat secara keseluruhan dan keamanan untuk semua kemanusiaan. ”

 

Daisaku Ikeda ialah seorang pembina keamanan, ahli falsafah Buddhis, pendidik, pengarang, dan penyair. Beliau ialah anak yang kelima dari keluarga peladang rumput laut yang mempunyai lapan anak. Beliau dilahirkan di Tokyo, Jepun pada 2 Januari 1928. Membesar semasa Perang Dunia ke-2, beliau menghadapi penderitaan dan kehancuran daripada peperangan termasuk kematian abang sulungnya yang terkorban di Burma (kini Myanmar). Pengalaman remaja ini melahirkan semangat menyumbang kepada keamanan dan menghapuskan akar-akar punca yang menyebabkan konflik manusia.

Bermatlamatkan promosi keamanan, budaya dan aktiviti pendidikan di seluruh dunia, Encik Ikeda telah mengasaskan Sistem Sekolah Soka yang mencakupi peringkat tadika ke universiti dan ke institusi-institusi lain seperti Persatuan Konsert Min-On, Muzium Seni Fuji Tokyo, Institusi Falsafah Oriental dan Institusi Keamanan Toda dan Pusat Keamanan, Pengajian dan dialog Ikeda. Usaha Encik Ikeda telah mendapat pengiktirafan dalam pelbagai bentuk anugerah seperti Anugerah Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan gelaran Tokoh Penyair dari Akademi Seni dan Kebudayaan Sedunia. Beliau juga menerima ijazah kedoktoran kehormat dan profesor (professorships) dari universiti dan dari institusi akademi di serantau dunia. Antara hasil penulisan yang diterbitkan termasuklah Revolusi Kemanusiaan (12 jilid), Revolusi Kemanusiaan Baharu (30 jilid)  dan dialog dengan Pemimpin dan Pemikir dari seluruh dunia seperti Memilih Kehidupan: Satu Dialog deangan ahli sejarah British Arnold J. Toynbee, Kewarganegaraan Planet dengan ahli masa hapadan Hazel Henderson dan Kebijaksanaan Bertolak Ansur: Falsafah Kemurahan Hati dan Keamanan dengan pemimpin Islam tersohor dan bekas Indonesia Presiden Abdurrahman Wahid.

 

(https://www.daisakuikeda.org/main/profile/daisaku-ikeda-cv/daisaku-ikeda-cv.html)

Tadika Soka di Seluruh Dunia

Tadika Soka Hong Kong

Tadika Soka Brazil

Tadika Soka Singapura

Tadika Soka Korea

Tadika Soka Sapporo

Bahasa Melayu
error: Content is protected !!