Tadika Seri Soka mengadakan upacara perasmiannya pada 16 April 1995.

Tumpuan utama Tadika Seri Soka diasaskan adalah untuk memupuk ketabahan, keikhlasan dan kecergasan, berpandukan prinsip pendidikan kemanusiaan. Matlamat kami adalah untuk melahirkan generasi baharu yang akan menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran negara kita pada abad ke-21.

Aktiviti-aktiviti kami bertujuan untuk membina potensi kanak-kanak sebagai insan yang sihat, bersepadu dan seimbang, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami berharap untuk mencapai interaksi pelbagai kaum yang sihat, hidup bersama dengan harmoni dan bersatu-padu.

Pada 1 Januari 2020, 25 tahun selepas penubuhan Tadika Seri Soka, pemilikan dan pengurusan TSS dialihkan dari Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) ke Yayasan Soka Gakkai Malaysia (YSGM).

Tadika Seri Soka kini ialah sebuah institusi pendidikan yang dimiliki sepenuhnya dan dikendalikan oleh YSGM. Reg. No. 201901035516 (1344846-X)

Objektif Pendidikan

Menitikberatkan ketabahan, keikhlasan dan kecergasan kanak-kanak dengan memupuk harapan, keberanian dan persahabatan.
Mendidik dan melahirkan kanak-kanak supaya menjadi cerdas dan sihat dari segi jasmaniah dan rohaniah.
Mendidik dan memupuk kanak-kanak supaya tabah dan berdikari.
Menyemai semangat perpaduan dan penyayang dalam kalangan kanak-kanak.
Mengasuh kanak-kanak supaya memiliki sifat insaniah dan perilaku sosial yang bakal menjadi warga dunia dengan perspektif antarabangsa.

Moto Tadika Seri Soka

Tabah

Ikhlas

Cergas

Garis Panduan daripada Pengasas

Bahasa Melayu
error: Content is protected !!