Program Tiga Bahasa
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pendekatan pengajaran multibahasa holistik untuk mengintegrasikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dimasukkan ke dalam kurikulum kami.
Matematik dan Sains Awal
Program Matematik dan Sains Awal kami merangkumi:
a) pengalaman langsung;
b) penggunaan bahasa yang sesuai seperti kata arah dan preposisi, kata bilangan, nama aneka bentuk dan sebagainya.
Di bawah bimbingan guru, kanak-kanak meneroka dan terlibat secara bermakna dalam penyelidikan perkara di sekeliling mereka, berusaha mencari jawapan untuk soalan mereka.
Pendidikan Fizikal
Perkembangan fizikal di tadika adalah tentang peningkatan kemahiran koordinasi, kawalan, manipulasi dan pergerakan. Tadika Seri Soka menyediakan program dan ruang untuk menjalankan aktiviti aktiviti fizikal di stesen-stesen fizikal di dewan dan juga di ruangan permainan kanak-kanak.
Perkembangan fizikal membantu kanak-kanak mengembangkan keyakinan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh mereka dan membolehkan mereka merasakan manfaat positif dari keadaan fizikal yang sihat serta aktif.
Seni, Muzik dan Tarian
Kanak-kanak secara semula jadinya berspontan dan bersemangat semasa mereka mengungkapkan idea dan perasaan mereka.
Kami ingin memupuk kanak-kanak yang kreatif supaya mereka dapat membuat gabungjalin antara satu bidang pembelajaran dengan bidang pembelajaran yang lain dan, dengan berbuat demikian, memperluas pemahaman mereka tentang dunia melalui pembelajaran seni, muzik dan tarian.