Tadika Seri Soka mengadakan upacara perasmiannya pada 16 April 1995.
Tumpuan utama Tadika Seri Soka diasaskan adalah untuk memupuk ketabahan, keikhlasan dan kecergasan, berpandukan prinsip pendidikan kemanusiaan. Matlamat kami adalah untuk melahirkan generasi baharu yang akan menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran negara kita pada abad ke-21.
Aktiviti-aktiviti kami bertujuan untuk membina potensi kanak-kanak sebagai insan yang sihat, bersepadu dan seimbang, sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami berharap untuk mencapai interaksi pelbagai kaum yang sihat, hidup bersama dengan harmoni dan bersatu-padu.
Pada 1 Januari 2020, 25 tahun selepas penubuhan Tadika Seri Soka, pemilikan dan pengurusan TSS dialihkan dari Persatuan Soka Gakkai Malaysia (SGM) ke Yayasan Soka Gakkai Malaysia (YSGM).
Tadika Seri Soka kini ialah sebuah institusi pendidikan yang dimiliki sepenuhnya dan dikendalikan oleh YSGM. Reg. No. 201901035516 (1344846-X)
Objektif Pendidikan
Menitikberatkan ketabahan, keikhlasan dan kecergasan kanak-kanak dengan memupuk harapan, keberanian dan persahabatan. |
Menyemai semangat perpaduan dan penyayang dalam kalangan kanak-kanak, menjadi warga dunia dengan perspektif antarabangsa. |
Moto Tadika Seri Soka
Tabah
Ikhlas
Cergas