Nama: Chan Kah Lok
Tahun graduate: 1998
Ketika di tadika, saya sangat takut pada akan orang yang tidak saya kenali. Pada beberapa hari pertama apabila saya nampak guru dan ramai kawan baharu, saya berasa sangat tidak biasa. Setiap hari saya hendak datuk menemani saya ke tadika. Jika saya tidak nampak datuk, saya akan menangis. Jadi, saya tidak suka pergi ke tadika.
Guru-guru di tadika amat menyayangi saya. Saya juga dapat beberapa orang kawan baharu. Oleh sebab itu, saya semakin suka pergi ke tadika. Di tadika, saya belajar untuk berdikari, berani untuk bergaul dan menjaga orang lain. Kenangan di tadika amat berharga untuk saya.
Pada bulan Jun 2017, saya berjaya menamatkan pengajian perubatan saya di Dundee University, Scotland. Selepas itu, saya menjadi doktor pelatih di Hull Royal Infirmary di York District Hospital, England. Pada Ogos 2019, saya dapat melanjutkan pelajaran saya dalam bidang psikiatri di London. Saya berazam untuk menjadi seorang Pakar Psikiatri yang prihatin dan dapat berkhidmat untuk masyarakat.
Saya amat bersyukur dapat belajar di Tadika Seri Soka dan bangga menjadi alumni Tadika Seri Soka.